Wednesday, June 29, 2011

Wasiat Luqman Al-Hakim

Sekiranya telah ditakdirkan rezeki seseorang meskipun sebesar biji sawi dan tersembunyi, nescaya Allah Azzawajala tetap akan memberikannya..

Monday, June 20, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH ( BAHASA MELAYU )

Bilangan Murid : 25 orang

Masa : 30 minit

Tema : Haiwan peliharaan

Komponen : Bahasa Melayu

Kesepaduan :- Pendidikan Moral

- Sosioemosi


Kandungan :
BM 3.5 Membaca perkataan
PM 16.1 Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas
SE 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi

Hasil pembelajaran
BM 3.5.6 Membatangkan dua sukukata tertutup untuk menjadi perkataan
PM 16.1.3 Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan
SE2.3.4 Bertutur dengan penuh keyakinan

Objektif :

Pada akhir pengajaran murid dapat :
1) Membaca perkataan VKVK
2) Memadankan gambar dengan perkataan VKVK
3) Mengenal huruf vokal

Bahan-bahan

Gambar , huruf vokal, sukukata , perkataan

Pengetahuan sedia ada Murid :
1) Murid mengetahui huruf-huruf vokal
2) Murid biasa melihat gambar yang dipamerkan ( cth: ayam)


Set induksi ( 5 minit )

- Guru memperdengarkan lagu " Pak Mamat ada Kebun" yang mengandungi huruf-huruf vokal ( a,e,i,o,u)
- Guru meminta murid menyebut huruf vokal yang terdapat dalam lagu.

Aktiviti 1 ( 10 minit )

- Guru meminta murid menyebut huruf-huruf vokal yang dipamerkan
- Guru membimbing murid-murid menyebut bunyi huruf-huruf vokal.
- Murid dipilih secara rawak dan berganti-ganti membunyikan huruf vokal.

Aktiviti 2 ( 10 minit )
- Guru meminta murid- bergilir-gilir memadankan perkataan KVK yang bersesuaian dengan huruf vokal awal berdasarkan gambar.
-Murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.

Aktiviti 3 ( 10 minit )
- Murid memadankan perkataan dengan gambar
- Murid bergilir-gilir membaca perkataan yang dipadankan dengan gambar

Penutup ( 5 minit )
Guru bersoal-jawab dengan murid-murid tentang pelajaran yang dipelajari hari ini
- Berapakah bilangan huruf vokal?
- Sebutkan kelima-lima huruf vokal berkenaan?
- Guru menyebutkan huruf vokal awalan dan murid membunyikan perkataan yang lengkap
- Guru memperdengarkan muzik " Pak Mamat ada kebun"
- Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu berkenaan.

Friday, May 20, 2011

Selamat Datang Ke TEAM PAPAR PPG USM Blog


Saya Suriati Juti mewakili rakan-rakan Team Papar PPG USM mengucapkan selamat datang ke blog kami. Kami akan post kan segala aktiviti dari group kami untuk penilaian dan rujukan rakan rakan sekalian. Segala komen yang membina di alu-alukan.. Sekian Terima Kasih